VIDEO CLIP
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambil kira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada Harimau, Singa, Gajah, Badak Air, Zirafah, Enggang, Orang Utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakkan adalah seperti Harimau Belang, Singa, Siamang, Rusa, Nilgai, Burung Kuak dan lain-lain.
Zoo Taiping dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang…
Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kamera video juga dikenakan bayaran sebanyak RM5.. jadi pandai-pandailah kalau nak bawa masuk secara percuma…
Terdapat juga Zoo Mini Train bagi pelawat yang ingin meneroka seluruh kawasan zoo ini dengan menaiki keretapi yang memakan masa lebihkurang 25 minit. Bayaran yang dikenakan ialah RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak.
Untuk keterangan lanjut kunjungi laman web http://www.zootaiping.gov.my/
No comments:
Post a Comment