Pemandangan yang indah serta perhiasan yang bertemakan kepelbagaian budaya di Taman Rekreasi Lye Huat merupakan daya penarik kepada orang ramai untuk mengunjunginya.
Di sini dibina sebuah taman yang cantik dengan kolam yang dibina jambatan di atasnya. Ikan yang terdapat di dalam kolam ini terdiri dari spesis kap jepun dan kelah. Ikan-ikan ini amat jinak dan menggembirakan kanak-kanak apabila memakan pellet dari tangan mereka.
Kini, Taman Rekreasi Lye Huat bukan sahaja merupakan sebuah tempat peranginan, malah ia juga menjadi pentas untuk pelbagai jenis pertandingan. Contohnya pada tahun 2002, satu pertandingan Ikan Lohan, Bonsai dan Suiseki Antarabangsa telah diadakan di Taman Rekreasi Lye Huat dan Y.A.B Dato' Seri Dr.Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu dijemput untuk merasmikannya.
Spesis ikan yang terdapat di sini adalah seperti Arapaima Gigas, pelbagai jenis Arowana dan Cichlid, Peacock bass, Red Tailed Catfish dan ikan-ikan hiasan yang lain yang dipelihara dalam akuarium yang sangat besar.
Selain akuarium tersebut terdapat sebuah galeri ikan hiasan yang menempatkan ikan2 akuarium seperti Goldfish, pari air tawar, udang kara, tengalan dan banyak lagi.
Haiwan yang terdapat di sini pula adalah seperti ular sawa, kucing hutan, kura-kura, monyet, tupai, marmoset. memerang, rusa, buaya,beruang dan tidak ketinggalan harimau belang.
Begitu juga dengan pelbagai jenis burung kakaktua, kuang, enggang, tiong, merak dan yang paling menggamit pandangan pengunjung adalah burung cenderawasih yang dipelihara dengan baik dan amat jinak.
Koleksi barangan dari kebudayaan cina yang kebanyakannya merupakan binaan semula juga terdapat di sini.. Yang paling menarik adalah binaan semua tentera terracota yang menjadi sejarah di negara China satu ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment