Taman ini terletak di Kampung Belanga Pecah, Pulau Langkawi, Kedah...masuk saja ke dalamnya kita akan disambut oleh burung kakaktua, enggang dan ular sawa yang telah dijinakkan. Pengunjung juga dibenarkan bergambar dengan haiwan-haiwan ini tanpa dikenakan bayaran...
Spesis Hahn Macaw
Blue and Gold Macaw
Jaga-jaga nanti enggang ni gigit telinga...
Aksi macam ni kalau mama Haziq tengok mesti menjerit takut punyalah....don't try this at home k...yang ni dah jinak takpala.....
Peket berisi makanan untuk diberikan kepada haiwan juga ada dijual di sini....peket ini berisi sayur-sayuran, bijian, dedak, makanan ikan dan buah-buahan. Kanak-kanak amat menggemari aktiviti memberi makan haiwan ini dan sekaligus mendidik mereka tentang kehidupan haiwan dan menanam sifat sayangkan haiwan dalam diri mereka...
Keterangan tentang haiwan-haiwan yang dipelihara di sini juga diletakkan pada setiap kandang.... Ini memudahkan pengunjung mengetahui tentang sesuatu haiwan tersebut dari segi habitat, jangkahayat dan pemakanannya..
Suasana alam sekitar yang nyaman di dalamnya diselangi dengan bunyi pelbagai jenis unggas dan haiwan menjadikan lokasi ini sebagai lokasi wajib kami setiap kali berkunjung ke Langkawi...
Memang satu kunjungan yang hebat dan tidak dapat dilupakan bila kanak-kanak berpeluang memberi makanan terus dari tangan mereka sendiri kepada setiap haiwan dan burung yang terdapat di sini....membuatkan mereka teruja untuk memiliki haiwan kesayangan mereka .
No comments:
Post a Comment