LANGKAWI CROCODILE FARM

Taman buaya Langkawi terletak kira-kira 32 km dari Pekan Kuah berhampiran Teluk Datai.. Dengan keluasan kira kira 20 ekar.. taman buaya ini menempatkan kira-kira 1000 ekor buaya dari pelbagai spesis.












Di taman buaya ini terdapat kolam yang menempatkan anak buaya, kolam spesis, kolam pertunjukan memberi makan dan juga kolam yang mempersembahkan pertunjukan khas buaya dan manusia.....








Kunjungan bersama anak-anak di sini merupakan satu kenangan yang amat menggembirakan buat mereka dengan pelbagai spesis buaya dan pertunjukan antara buaya dan manusia yang memukau pandangan mereka..




Hari lawatan kami ada seekor anak buaya yang mati.... mau jual dia punya kulit tu best tu....




Buaya yang dilahirkan cacat juga dipamerkan dalam kolam2 khas untuk tatapan pengunjung...kira ok la...bukan senang nak tengok buaya cacat....


Ahaaa... di sini adalah tempat yang menjadi kegemaran anak-anak untuk menunjukkan kehebatan bertarung dengan buaya yang telah diawet... macam cerita ultraman la kononnya...











Kedai cenderamata berasaskan kulit buaya juga terdapat di sini... Seperti biasa... harganya memang amat menakjubkan poket.. jadilah sekadar melihat buaya yang dipamerkan... nak beli beg kulit buaya rasa macam tak mampu la pulak...





No comments: