KUALA GULA SANCTUARY RESORT

Kunjungan ke Kuala Gula ini dibuat dalam keadaan tidak sengaja memandangkan tiada sebarang perancangan dibuat. Tatkala meneliti lokasi2 terdekat untuk memancing, terpampang di laman sesawang perkataan Kuala Gula Resort berserta nombor telefon untuk dihubungi...maka bermulalah percutian kami yang tak seberapa ini....lokasinya memang menarik... iaitu di sepanjang tepian muara Sungai Kurau dalam daerah Kerian...

Tepat jam 3 petang, kami check in ..biliknya boleh tahan menarik dengan balkoni menghadap muara..... sesuai untuk aktiviti memancing bersama keluarga tersayang.... Anak-anak terutama si Hariz beria-ia untuk memancing walaupun penat ketika perjalanan belum pun hilang...

Pemandangan ketika air pasang penuh......Siang malam boleh mancing kalau macam ni gayanya... cantekkkkkkkkkkk !!!!! Air sungai yang pasang hingga ke bawah chalet memudahkan aktiviti pancingan dibuat...Tak perlu melontar jauh...

Kita makan dulu ya Hariz dan Haziq.... lepas makan kita mancing....restoran terapung sedang memanggil-manggil mama dan ayah nih....hahah...


Pemandangan resort dari restoran terapung...air sedang pasang...tak sabar nak memancing ketika ini....perut yang kosong lebih diutamakan...tidak bising la MEM nanti kalau tak makan dulu...

Dalam perjalanan ke restoran terapung, nelayan-nelayan muara sedang mengikat ketam nipah untuk dijual... rupanya di kawasan ni ketam nipah ramai penggemarnya.... harganya pun boleh tahan.... mungkin aktiviti menangkap ketam nipah ni merupakan mata pencarian utama nelayan kawasan ini memandangkan sebilangan besar bot dipenuhi dengan bubu ketam.....




Ketam lembut... merupakan menu wajib jika ke kuala gula... kami memesan dua menu ketam lembut masak cili dan ketam lembut goreng....tentang kelazatan yang digembar gemburkan.... rasanya agak kurang  .... tak boleh lawan ketam laut lagi kalau bab rasa ketam ni..




Sempat bergambar dengan kakak ni dan keluarganya yang membantu mengasuh anak bongsu si Hafiy ketika kami sedang makan..... terima kasih kak jasamu dikenang ....

Hahahahahahahh sampai ja di bilik Hariz dah terpacak kat tepi balkoni.... "Cepat la ayah kita mancing..." okey okey... walaupun badan penat tetapi janji terpaksa ditunaikan....

Haziq macam biasa mesti kena baring2 dulu.... perut dah penuh mcm dugong kena buang baju la kepanasan...

Hasil yang diperoleh kurang memberangsangkan kerana air surut dan faktor umpan.... hanya ikan duri dan gelama yang diperolehi... siakap tak ada sebab tak pakai umpan ikan@udang hidup agaknya hehe...


Senja mula melabuhkan tirainya.... pemandangan yang begitu mendamaikan.... satu ja benda lupa nak bawak...ubat nyamuk....adeiiiiiiiiiiiiiiiiiii...... kena keluar la malam ni cari ubat nyamuk kalu nak mancing malam ni....tak padan kalau kena malaria sbb nak mancing ja....


Bergambar seketika sebelum keluar beli ubat nyamuk.... boleh tahan pemandangan chalet ni pada waktu malam....karaoke Vokal Bukan Sekadar Rupa pun ada... nasib baik tak ada geng mau join....

Sambung balik mancing  waktu malam... berumpankan kerang, hanya spesis bermisai yang banyak diperolehi.... jadilah ... tengok Hariz bersorak riang bila dapat ikan....dapat jugak tunaikan hajat dia.....sambil memancing tu, dapatlah jugak Hariz dan Haziq mendengar suara merdu ayah mereka mendendangkan lagu-lagu mengikut irama karaoke...




Di pertengahan malam... perut mula berkocak kembali tatkala bau harum kerang rebus dan kepah bercili menusuk hidung ...tunggu apa lagi....jom kita tanya makcik tu boleh hantar servis masak sampai ke bilik tak....

...hahahahahh puas hati... antar sampai bilik tak boleh bang...sua ikut pagar bolehlaaaa.... ok cantekkk... kasi kepah bercili dan kerang bakar.... kasi lebih sikit ye kak....wokayyyyy !!!!





Memandangkan kawasan ni tak ada apa2 aktiviti malam selain karaoke, kami pun ronda2 kawasan sekeliling menghirup udara hutan bakau....kasi Hafiy lena dulu sebab dua beradik ni suka buat bising kalau melawak hahahah biasalahhh.........


Pagi menjelma...sinar mentari pagi menerpa dari celahan daun pintu mewujudkan perasaan segar dan tenang.... kedengaran bunyi burung2 air menceriakan suasana pagi yang hening...layan dulu pemandangan cantik ni sambil menduga rezeki yang bakal mendatang ketika air surut....



Tak ada ikan yang sudi menyentuh umpan.... nampak gayanya kenalah mengisi perut yang kosong dulu...ok semua bangunnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

...hahahaahhhhhh muka kelat Haziq dan Hariz dipaksa bangun awal setelah letih memancing semalam.... nasib badan la air dah surut.... jadi perut ayah dan mama cepat lapar ok....


Nampak tak apa benda yang bulat2 besar kat lumpur selut tu?

Todiaaaa....siput belitung punya la bagak..,, rasa macam nak kutip bawak balik masak lemak ja...tapi tak tau la boleh makan ke tak siput nih....

Lepas sarapan sambung mancing.... Hariz macam biasa takmo balik.... belum dapat ikan lagi pagi ni katanya... macam mana nak dapat Encik Hariz ..air surut daaaa......jom-jom kita ke zoo taiping pulak....tengok orang utan ok!

 Sekian perjalanan untuk kali ini.... walaupun trip yang ringkas kegembiraaan sangat-sangat dirasa... yehaaaa..




Insyaallah kami akan datang lagi ke sini walaupun fasilitinya agak kurang memuaskan....lokasi pancingan terbaik untuk bersama keluarga...


No comments: