CAMERON HIGHLAND PART 4

Kunjungan kami ke kawasan tanah tinggi tersohor Malaysia ini dibuat atas ajakan ibu saya yang teruja melihat gambar-gambar kehadiran kami sebelum ini..dan semestinya kunjungan ini dinanti-nantikan oleh anak-anak yang gembira dengan kehadiran datuk dan nenek mereka bersama..

Lokasi pertama selepas check-in adalah Cameron Highland Bee Farm... bukan kerana terpikat pada madu lebahnya, tapi kerana ibu saya ingin melihat pohon bunga matahari yang menghiasi lokasi ini pada kunjungan kami yang terdahulu...malangnya hajat beliau tidak terlaksana kerana pohon-pohon matahari tersebut telah diganti dengan tanaman lain....apa boleh buat....


Atas permintaan anak-anak yang teruja untuk memetik buah strawberry, agenda diteruskan dengan aktiviti memetik buah strawberry yang berwarna MERAH sahaja....(sebab kena bayar) ..... walaupun saiznya agak kecil, kegembiraan dapat memetik sendiri buah yang sering dilihat dalam buku ini jelas terpancar di wajah mereka...


Selesai sudah agenda pertama... perjalanan diteruskan ke Cameron Bharat Plantation untuk menikmati suasana segar dan keindahan pemandangan ladang teh terbesar Malaysia...




Walaupun matahari memancar terik... bahangnya tidak begitu terasa....kehijauan ladang menggamit pengunjung untuk merentasi laluan2 pengutip teh bagi merasai sendiri pengalaman berada di tengah2 kesegaran pepohon teh yang selama ini hanya dilihat di dapur sekadar cebisan dedaun kering penghilang dahaga.

Keseronokan bermula, perasaan segar dan tenang menyelubungi...



Walaupun laluannya curam dan dipenuhi akar yang berceranggah...itu tidak menghalang keinginan ... perjalanan tetap diteruskan .... kegembiraan menyelubungi tatkala ada yang tergelincir jatuh dan ingin berehat seketika..Banyak masa dihabiskan di sini, pengalaman menyusuri denai laluan pengutip teh terasa amat mengasyikkan untuk dinikmati bersama.



Bunga loceng idaman hati.... hidup dan membiak dengan subur di kawasan tanah tinggi, faktor suhu dan kelembapan mempengaruhi perkembangan pohon....rasanya di tanah rendah tak pernah dilihat pohon loceng ini ditanam...

Perjalanan hari ini ditamatkan di sini sementara menantikan pasar malam Brinchang memulakan aktivitinya...acara malam diwarnai dengan aneka makanan dan buah-buahan segar Cameron Highland... tiada gambar untuk menceritakan segalanya kerana dialpakan dengan bunyi keroncong perut yang minta diisi.

Pagi hari kedua... bersiap sedia untuk melihat pemandangan ladang teh pada awal pagi..... selesai sahaja sarapan kami bergegas mendahului sinaran matahari.

Nampaknya kami tiba sedikit lewat.... sinaran matahari telah kelihatan mengejar dari belakang...namun kehijauan ladang yang belum disirami cahaya sempat kami saksikan walaupun untuk seketika...


Peluang yang ada tidak dilepaskan....kehijauan yang penuh ketenangan kami rakamkan untuk tatapan di kemudian hari...

Sungguh indah alam ciptaan Ilahi.... walaupun berada di negara sendiri, kami menikmati dan bersyukur dengan keindahan yang masih terdapat di sini.....bagi orang lain mungkin kelihatan biasa..lain orang lain pandangannya...



Dari sini... kami menuju pula ke lokasi Kampung Sedia.... di sinilah terletaknya Al Mashoor Agrofarm yang menjual jem homemade penuh dengan isi strawberry yang enak.... tentunya berbotol-botol yang dibawa pulang sebagai buah tangan.... di sini juga boleh didapati aiskrim strawberry homemade yang lazat..


Ayah dan ibu mengenang kembali waktu mula-mula bertemu dulu agaknya....dengan suapan yang menggamit memori indah zaman bercinta...


Meneroka ladang strawberry Al Mashoor... buahnya bersaiz besar tetapi kami tidak dibenarkan memetiknya kerana baru disembur racun ... boleh tengok sajalah..

Langkah seterusnya kami bergegas menuju lokasi yang dikatakan tumpuan utama pelancong ke Cameron Highland iaitu Taman Agro Teknologi MARDI.. rupanya benar bagai apa yang dikata.... pelbagai jenis bunga dan tumbuhan terdapat di sini... hinggakan di sini juga terdapat kilang teh yang dikatakan tertua di Malaysia.. walaubagaimanapun kami tak dapat menjelajah keseluruhan tempat kerana keadaan kesihatan ayah yang tidak mengizinkan beliau berjalan jauh.... 







Suasana penuh romantis wujud tanpa yang empunya diri menyedari........ perghhhh....

















Dalam perjalanan pulang, ibu menyatakan hajatnya untuk ke Rose Garden... tempat lama beliau bercinta dengan ayah katanya....memandangkan lokasinya terletak di Tringkap iaitu dalam perjalanan pulang maka dapatlah kami singgah sebentar menunaikan hajat beliau....






Kaktusyang kelihatan seperti berusia puluhan tahun....


Rose Garden merupakan lokasi terakhir kami sebelum singgah di Kea Farm membeli jeruk strawberry dan pohon periuk kera yang dipesan sebagai cenderahati..kenangan yang terpahat di sini akan dikenang selamanya...

No comments: