SOMERSAULT HAMSTER



Hamster unik ini dibeli dari sebuah kedai menjual haiwan peliharaan berdekatan bulatan Jalan Stadium, di Alor Setar, Kedah.

Pada mulanya saya dan adik sekadar meninjau kedai ini untuk menghabiskan masa tetapi apabila ternampak sahaja aksi akrobatik hamster ini, saya terus sahaja menangkap hamster ini dengan tangan kosong walaupun diketahui ia adalah haiwan yang menggigit. Jadi habislah jari-jari saya luka digigitnya..

Hamster ini dibeli dengan harga RM8 sahaja.. tetapi jika tuan punya kedai ternampak aksi hamster tersebut mungkin beliau tidak akan menjualnya untuk dijadikan tarikan pengunjung.

No comments: