>> MENARA ALOR SETAR






Menara Alor Setar yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar merupakan salah satu tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Dengan ketinggian 165.5 meter ia merupakan menara telekomunikasi kedua tertinggi di Malaysia dan yang ke 19 tertinggi di dunia.
Gambar ini diambil pada malam hari semasa saya pulang bercuti. Di atas menara ini juga terdapat restoran berputar yang menyediakan berbagai makanan lazat tetapi harganya boleh tahanlah juga. Di waktu siang kita boleh melihat sekitar kawasan negeri Kedah yang dipenuhi hamparan sawah padi, bandaraya Alor Setar dan juga sekitar kawasan gunung Jerai. Apabila malamnya pula dapat dilihat kerlipan lampu-lampu yang berwarna-warni menghiasi bandaraya.

Bagi para pengunjung yang ingin menikmati pemandangan indah negeri Kedah Darul Aman, bayaran masuk untuk dewasa adalah RM 6 dan kanak-kanak RM 3. Terdapat juga pakej keluarga dan warga tua. Di platform menara ini juga disediakan teropong berkuasa tinggi untuk pengunjung melihat pemandangan sekitar dengan lebih dekat lagi.

No comments: