PULAU KAPAS 02
Pulau Kapas terletak di perairan Laut China Selatan dan merupakan antara taman laut tercantik di pantai timur semenanjung Malaysia dan masih kekal dengan pasirnya yang putih umpama kapas, air yang sangat jernih dan hidupan karangnya yang mengkagumkan. Pulau ini juga masih kekal dengan alam sekitarnya yang masih belum tercemar dan pastinya sunyi dari kesibukan bandar. Untuk ke Pulau Kapas anda boleh menyewa bot pergi dan balik dari jeti Marang.
Aktiviti yang tidak patut dilepaskan adalah seperti snorkeling, scuba diving ataupun sekadar mandi manda bersama keluarga. Ikan-ikan karang yang berwarna-warni begitu jinak sekali bermain di celahan batu karang dan bot-bot karam. Juga terdapat kayak dan alat snorkeling untuk disewa.
No comments:
Post a Comment