...sekadar mengimbau kenangan-kenangan manis yang sempat dirakamkan sama ada dari kamera digital, kamera video ataupun diimbas semula dari gambar foto... bagi yang tidak sempat dirakamkan...merupakan kenangan manis yang tidak dapat dikongsi sesiapa...hanya bersama dengan yang berkenaan sahaja...
EYE ON MALAYSIA
Eye on Malaysia adalah gelaran kepada sebuah roda pemerhatian raksasa setinggi 60 meter dengan 42 buah buaian atau gondola yang boleh berputar 360 darjah di Kuala Lumpur.
Berharga RM30 juta, buaian raksasa berhawa dingin yang didirikan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 6 Januari 2007.
Antara yang menarik pada Eye on Malaysia ini ialah apabila berada di atas sekali, kita dapat melihat pemandangan ibu kota dalam lingkungan jarak 20 km.
Eye on Malaysia merupakan roda pemerhatian yang terbesar di Asia Tenggara dan juga gondola roda mudah alih terbesar di dunia. Himpunan gondola ini adalah setinggi 60 meter dan mampu menanggung beban seberat 25 tan. Buaian ini istimewa kerana ia didirikan khas sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
Sepanjang tahun 2007, Eye on Malaysia menyajikan pelbagai acara seperti teater air, pancaran laser diikuti dengan muzik yang menarik, pertunjukan bunga api (hingga 3 Februari) dan pertunjukan air (hingga bulan Mac 2007).
Harga tiket bagi kanak-kanak ialah RM8, manakala dewasa RM15 untuk 6 kali pusingan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit. Eye on Malaysia dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Di sekitar kawasan eye on malaysia ini juga terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barangan cenderamata, pakaian dan juga permainan dengan harga yang berpatutan.
Untuk lebih keterangan tentang eye on malaysia anda boleh mengunjungi laman web http://www.eyeonmalaysia.com.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment