AKTIVITI MENANGKUL IKAN



Aktiviti menangkul ikan popular di kalangan penduduk kawasan utara semenanjung Malaysia terutamanya yang berdekatan tali air yang digunakan untuk mengairi sawah. Aktiviti ini popular semasa musim hujan di mana air akan naik dan memenuhi tali air. Paras air yang meningkat dan keruh membuatkan ikan-ikan menjadi keliru dan bersembunyi di tepi tebing tali air tanpa mempedulikan kelibat manusia.





Tangkul yang digunakan diperbuat dari jaring yang dipasangkan pada pemegang yang diperbuat dari buluh. Pemegang jaring tersebut adalah buluh yang dipasangkan pada buluh lain yang diikat membentuk huruf " X " bagi membolehkan jaring tersebut terbuka lebar.



Tangkul direndam dalam air dan dibiarkan beberapa minit dan diangkat. Jika ada ikan melalui air yang dipasang tangkul maka ia akan terperangkap.
Ikan yang popular ditangkap dengan cara ini adalah seperti ikan sepat, puyu dan keli yang merupakan ikan yang hidup di perairan sawah padi.

No comments: