>> BUKIT BENDERA



VIDEO CLIP ada kat sini yer...




















Bukit Bendera yang nyaman jelas berbeza dari bahang panas yang menyelubungi kawasan tanah pamah Pulau Pinang. Bukit Bendera yang merupakan tapak ladang strawberi yang pertama di Pulau Pinang mula diteroka pada tahun 1789. Pembukaannya oleh Kapten Francis Light, Wizurai British yang pertama di Pulau Pinang menjadikannya satu lokasi yang sering dikunjungi oleh pelancong tempatan dan juga asing.






Nama Bukit Bendera merupakan terjemahan langsung daripada nama Inggerisnya iaitu Flagstaff Hill di mana suatu ketika dahulu bendera Union Jack berkibar megah semasa Pulau Pinang dijajahi British.



Perjalanan ke puncak bukit menaiki keretapi funikular yang mula beroperasi pada tahun 1923, pasti menggamit pandangan. Keindahan flora dan fauna boleh dinikmati dari dekat ketika keretapi ini menyusur melewati banglo mewah, kuil2 mistik dan juga dusun yang permai.





Pada pertengahan perjalanan, kita boleh mengambil foto pemandangan indah dari galeri pemandangan semasa bertukar keretapi. Apabila sampai di puncak bukit, akan kelihatan satu penempatan penduduk yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti pejabat pos, balai polis, deretan gerai makan dan cenderahati, hotel dan sebagainya.
Pada setiap hari Sabtu dan Ahad pertunjukan Persembahan Kebudayaan, pertunjukan ular dan Seni Silap Mata diadakan bagi menghiburkan pengunjung.







Hutan malar hijau menutupi sebahagian besar Bukit Bendera dan pada paras yang lebih tinggi
paku pakis, pohon konifer serta hutan bukit lazim ditemui. Fauna yang sering ditemui adalah seperti tupai, monyet, musang, burung gembala bukit dan juga burung murai batu
.



Lain-lain tempat yang boleh dilawati di sini adalah seperti masjid dan kuil lama, taman burung eksotik, kebun bunga dan juga jambatan kanopi. Pada waktu malam, akan kelihatan panorama bandaraya Pulau Pinang yang bergemerlapan dimandi cahaya lampu.









Tambang bagi perjalanan dua hala ialah RM4 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas.








No comments: