>> CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

G




Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah stawberry. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.


Gambar-gambar di sini merupakan kenangan manis aku dan isteri tercinta masa zaman bercinta dulu...kitorang join group office bini aku gi melawat tempat nie..memang best la...dulu masa sekolah aku dah datang ke sini, cuacanya memang lain sikit, masa tu memang sejuk kat Cameron Highlands nie...tak macam sekarang....harap air paip jamban je yang sejuk...sampai nak basuh punggung pun menggigil otot punggung kesejukan.... Lepas ni mesti kitorang akan datang lagi ke sini, tapi semestinya bawak anak kesayangan kami yang bising tu baru le best kan !!!! Tunggu untuk cerita dengan Haziq pulak lepas ni okeyyy !!!!!!

No comments: