>> PANTAI IRAMA

Terletak kira-kira 25 km dari Kota Bharu, Pantai Irama yang terletak dalam jajahan Bachok ini terkenal sebagai tempat perkelahan dan perkhemahan utama di Kelantan. Ia terkenal kerana air laut yang bersih dan pasir yang memutih sepanjang pantai. Pantai ini dihiasi dengan deretan pohon rhu dan juga pohon kelapa yang melambai ditiup angin. Kunjungan kami ke sini adalah sekadar untuk merehatkan fikiran di samping menikmati keindahan perairan Laut China Selatan berbanding pantai-pantai yang terletak di kawasan utara... pantai di sini agak bersih jugak, yang tak bestnya terlalu ramai pengunjung..


Deretan pepohon kelapa yang melambai sememangnya tarikan untuk bergambar... mewujudkan satu pemandangan yang indah walaupun panas terik...


Cukup sekadar menikmati bekalan yang ditempah khas dari kedai ...ada juga makanan ringan seperti satar yang dijual oleh penjaja bermotosikal...

Pantai Irama juga menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera Jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia II dahulu. Kesannya masih dapat dilihat dalam bentuk beberapa buah kubu tentera Inggeris yang masih terdapat di situ.


Kenangan bahagia terpahat dalam memori....

No comments: