>> TAMAN TEMA TASIK DARUL AMAN





Taman Tema Tasik Darul Aman yang terletak kira-kira 1 kilometer dari pekan Bandar Darul Aman, Jitra dan bersebelahan Darul Aman Golf Resort sangat terkenal di kalangan penduduk setempat untuk beriadah dan bersiar-siar.


Di antara tarikan pengunjung ke sini ialah air pancut setinggi 96 meter yang dikategorikan sebagai yang ketiga tertinggi di Asia.







Pengunjung juga boleh menikmati permainan-permainan air seperti basikal air, kayak dan menaiki sampan dengan kadar RM 4 untuk dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak .






Bagi penggemar aktiviti memancing kadar yang dikenakan adalah RM10 untuk pancingan selama 4 jam dan RM 5 untuk 2 jam. Ikan-ikan yang terdapat di tasik ini adalah seperti ikan pacu, lampam jawa, tilapia, patin dan keli.
Di sini juga disediakan buggy jeep yang boleh disewa dengan kadar RM 10 bagi pengunjung bersiar-siar mengelilingi tasik bersama keluarga.



Bagi penggemar aktiviti jogging, tasik ini menyediakan trek jogging sepanjang lebih kurang 3 kilometer mengelilingi tasik dikelilingi pohon2 yang menghijau dan udara yang nyaman. Gerai-gerai makanan dengan pelbagai menu yang lazat dan harga yang berpatutan juga menanti pengunjung yang ingin menjamu selera bertemankan suasana indah dan nyaman tasik.

No comments: