PANTAI MERDEKA









Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah.Ia terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar.
Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah chalet, rumah rehat, tapak perkhemahan, kolam renang dan juga gerai-gerai makanan dan cenderahati.



Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Teluk Nipah dan Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong untuk mendapatkan kraftangan dan juga makanan dari hasil laut. Pulau Sayak terutamanya terkenal sebagai lokasi memancing yang menawarkan hasil yang lumayan jika kena dengan umpan dan cuaca yang baik.

Di antara aktiviti riadah yang boleh dilakukan di adalah seperti berkayak, berjoging dan berkhemah. Permainan sukan rakyat juga sering diadakan di sini.


No comments: