TASIK BANDING, GERIK





Tasik Banding yang terletak lebih kurang 50 km dari pekan Gerik terkenal sebagai salah satu lokasi memancing di kalangan pemancing tempatan mahupun luar negara. Tasik Banding yang terletak dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum ini juga menyimpan pelbagai kisah-kisah misteri yang amat terkenal seperti sulur bidar dan juga cerita mengenai kewujudan ikan toman sebesar kereta Kancil...sama ada benar atau tidak hanya Tuhan yang mengetahuinya...Selain aktiviti memancing, pelawat juga boleh menginap di resort yang terdapat di sini dengan harga yang amat berpatutan.



Bagi penggemar aktiviti berkhemah, Tasik Banding juga menawarkan suasana hutan hujan tropika yang indah dan menenangkan. Terdapat ramai pengusaha yang menyediakan khidmat juru pandu arah bagi aktiviti jungle trekking, tapak perkhemahan dan juga pemandu lubuk bagi penggemar aktiviti memancing.



Di antara ikan yang terdapat di tasik ini yang menjadi buruan pemancing adalah seperti kelah, tengas, toman, sebarau dan kaloi. Jika bernasib baik, semasa memancing anda juga akan terserempak dengan haiwan liar yang mencari makanan di tebing tasik seperti gajah, seladang, kijang dan rusa.




Kunjungan kami ke sini adalah sekadar memancing anak-anak ikan kaloi sambil menikmati pemandangan indah tasik. Keadaan jeti Banding ini cukup selesa kerana terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman selain kawasan rehat yang luas dan menyediakan pemandangan tasik yang indah.

1 comment:

kmnnetwork said...

enarik jugak tu bolehla kongsi dgn saya link saya kat

http://pancing-ikan.blogspot.com/

dan

http://camping-malaysia.blogspot.com/

sorry la bro pinkam sket gambar kat blog u ok kan

apa-apa leh le email sya kat address atas tu ok thanx