...sekadar mengimbau kenangan-kenangan manis yang sempat dirakamkan sama ada dari kamera digital, kamera video ataupun diimbas semula dari gambar foto... bagi yang tidak sempat dirakamkan...merupakan kenangan manis yang tidak dapat dikongsi sesiapa...hanya bersama dengan yang berkenaan sahaja...
PENANG BIRD PARK
VIDEOCLIP
Terletak di Seberang Jaya, Taman Burung Pulau Pinang merupakan taman burung pertama dan terbesar di Malaysia. Dibuka pada 1988, ia beroperasi di sebuah kawasan yang berkeluasan 5 ekar dan mempunyai koleksi lebih daripada 300 spesis burung dari seluruh dunia di mana lebih 150 spesis adalah berasal dari Malaysia.
Lebih daripada 3000 ekor burung ini ditempatkan dengan jagaan yang sempurna di dalam lebihkurang 150 sangkar yang direkabentuk secara saintifik bagi tujuan pembiakan dan penyelidikan. Terdapat juga sangkar yang direkabentuk berkonsepkan Walk In Aviaries yang menempatkan ratusan spesis burung yang telah dijinakkan. Ia pasti menawarkan kenangan yang tidak ternilai bagi pengunjung yang dapat merasakan pengalaman memberi makanan kepada burung2 dari tangan sendiri . Di antara burung-burung yang terdapat di sini adalah dari spesis pipit, murai, merpati, kuang, kakaktua, helang, enggang dan burung unta.
Dengan berkonsepkan taman, destinasi ini kaya dengan seni taman yang cantik dengan koleksi pelbagai spesis bunga-bungaan dan tumbuhan seperti orkid, kaktus, bunga raya, buluh dan palma. Air terjun bertingkat dan kolam semulajadi juga dibina, dipenuhi dengan ikan koi dan cichlid di samping tumbuhan seperti teratai yang merupakan tempat bagi burung-burung air seperti undan,flamingo, angsa, pucung dan itik yang berwarna-warni bermain.
Taman burung ini juga menyimpan koleksi pelbagai jenis haiwan lain seperti biawak, ular sawa, rusa bintik dan juga ikan arapaima.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment