>> PANTAI SAUJANA







Walaupun tidak sepopular Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana mempunyai tarikannya tersendiri di kalangan pengunjung yang mahukan lebih ketenangan dan terletak di lokasi berhampiran hotel/tempat penginapan.





Terletak berhampiran dengan Port Dickson, pantai ini begitu hampir dengan tempat-tempat penginapan seperti Hotel Seri Malaysia dan Avillion Village Resort iaitu satu-satunya resort di Port Dickson yang dibina dengan tapaknya dalam air laut . Antara pemandangan yang menarik di sini adalah replika haiwan laut gergasi seperti udang, ketam dan sebagainya yang menghiasi gerai-gerai dan kiosk sepanjang pantai.

No comments: