PASAR TANDOP KUBANG ROTAN, KUALA KEDAH







Pasar Tandop Kubang Rotan, Kuala Kedah terkenal sebagai pusat pendaratan ikan bagi kalangan penduduk sekitar kerana ikan2 di sini boleh didapati dengan harga borong yang sangat murah.





Biasanya jeti ini kelihatan seperti pasar pagi kerana terdapat pelbagai jenis hasil laut dan sayur-sayuran dijual. Ikan yang dijual di sini menjadi pilihan pembeli kerana ia datang terus dari laut tanpa dibekukan terlebih dahulu.



Pasar ini mula dipenuhi orang ramai dari sekitar jam 9.00 pagi ke atas kerana pada waktu ini nelayan mula pulang dari laut dan memasarkan hasil tangkapan. Antara hasil laut yang sering terdapat di sini adalah seperti ikan kembung, duri,sembilang, pisang, kerapu, pari dan juga kerang-kerangan.



Antara yang menjadi perhatian saya ialah udang lipan / udang ketak yang mudah didapati di sini. Udang lipan yang pada satu ketika dahulu berharga amat murah kini telah menjadi makanan laut yang bernilai tinggi terutamanya setelah khasiatnya mula diketahui ramai. Ia digredkan mengikut saiz dan juga bagi yang mempunyai telur.



Semoga pasar ini terus berkembang dan menjadi salah satu destinasi menarik di negeri Kedah Darul Aman.

No comments: