...sekadar mengimbau kenangan-kenangan manis yang sempat dirakamkan sama ada dari kamera digital, kamera video ataupun diimbas semula dari gambar foto... bagi yang tidak sempat dirakamkan...merupakan kenangan manis yang tidak dapat dikongsi sesiapa...hanya bersama dengan yang berkenaan sahaja...
PEKASAM
BUAT SEMUA Kengkawan..... di sini saya nak cerita cara2 membuat pekasam orang utara yang diperturunkan oleh nenek saya dulu..RASA- RASA SEDAP LA KOT SEBAB RAMAI KAWAN2 SAYA YANG TAK BERENTI2 PESAN LEPAS DIORANG MAKAN PEKASAM RESEPI NENEK SAYA NI !!!
Bahan-bahan : Ikan puyu,loma,lampam.terbul dll.
Beras (goreng dlm kuali tanpa minyak sampai kuning dan dimesin/tumbuk)
Garam (mesti mau banyak)
Cara dia : Mula2 basuh ikan bersih2 dengan air, buang insang dan perut..masukkan cuka sikit dalam air tu nak kasi ilang hanyir..pastu toskan...dah habis tos tu masukkan garam dalam perut ikan..letak banyak sket garam tu, pastu masukkan ikan tu dalam peti sejuk dalam 2 hari..Lepas 2 hari, ambik ikan tu basuh bersih2 supaya hilang garam dalam ikan... ikan tu tetap masin walaupun selepas dibasuh bersih...kemudian toskan lagi...
Ambil beras goreng yang dimesin/tumbuk, masukkan dalam perut ikan, lumurkan kat badan ikan .... (nenek saya pesan tak payah letak asam jawa sbb nanti beras tu akan jadi masam)... pastu susun kat dalam balang dengan perutnya di atas supaya beras tadi tak tumpah.....balang plastik simpan kuih raya tu pun takpe.. dah abis susun tutup balang rapat2... kalau boleh tutup lagi dgn plastik takut lalat datang bertelur kat celah2 tudung dia....
Lepas seminggu tengok ikan semua dah basah...buang air tu sikit sbb kalau tenggelam sangat nnt ikan jadi terlalu medak ..tak sedap...!!! kalau rajin alih2kan ikan yang di bawah ke atas supaya ikan di atas pun basah jugak... alih pelan2, sebaiknya pindahkan ke bekas lain takut nanti beras hancur tu terkuar dari perut ikan pulak.. Lepas seminggu lebih tu tengok ikan dah agak menjadi boleh la dipindahkan ke dalam plastik jernih pastu ikat kuat2 dengan getah....
PANTANG BUAT IKAN PEKASAM ni satu aje...elakkan lalat dari bertelur...jadi untuk elakkan lalat tu biasanya saya suka buat pekasam ni waktu malam...kebersihan penting, jgn ada sisa2 beras masam kat tudung atau plastik..lalat mmg suka sangat..Nak makan pulak nenek saya pesan : Potong bawang besar, bawang kecik dan cili kering.. goreng ikan pekasam tu, bila ikan dah masak goreng bawang dan cili kering ni dgn minyak tadi...masa nak hidang letak ikan dalam piring , letak sekali dgn bawang, cili dan minyak goreng, pastu perah skit limau nipis....selamat mencuba !!!ADE TAK KAWAN2 YANG BUAT PEKASAM JENIS LAIN???? CITER yer nak le cuba jugak !!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Askm.Best gak blog awk ni.Sy pun br je brjinak2 dlm penulisan blog ni.PEKASAM mmg ksukaan sy.Mkn nasi panas2 dgn pekasam saje dh cukup,sehingga kn boleh mnambah brpinggan2.Menarik juga resepi awk ni.Tima kasih coz sudi bkongsi resepi.Slmt brkenalan.
Post a Comment