Gambar-gambar berikut merupakan kenangan manis staff MRSM Gerik semasa kami dihantar ke INTAN Wilayah Utara pada 27-30 Ogos 2006 bagi mengikuti Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan.
Yang menariknya adalah aktiviti jungle trekking di Gua Itik dan Gua Gendang yang begitu mencabar bagi kami yang kebanyakannya hanya bertugas di pejabat dan tiada masa untuk aktiviti-aktiviti lasak...sepanjang merentasi gua ini kami terpaksa merentasi sungai yang keruh dan airnya ada yang mencapai separas dada, ditambah lagi dengan cerita2 mitos mengenai gua-gua ini, hasilnya selepas tamat saja aktiviti ini, pada malamnya ramai peserta mengadu sakit kaki dan ada juga cerita2 yang agak seram dari peserta wanita...
bagi kami walau apa yang berlaku sekalipun, kursus ini sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan kami sebagai warga kerja MRSM Gerik dan kenangan manis ini tidak akan kami lupakan hingga ke akhir hayat.
Bila lagi yer nak buat kursus lagi.... tapi mesti yang makan angin macam ni baru seronok bercanda...hehehehe
No comments:
Post a Comment