Merupakan kompleks membeli-belah yang terletak di utara semenanjung Perlis Indera Kayangan. Di sini anda boleh membeli barang-barang yang 99% didatangkan dari Thailand. Awas jika anda tidak pandai berbahasa dialek utara kerana mungkin anda tidak dapat menawar harga barang semurah yang diperolehi penduduk setempat.
Antara barangan yang dicari di kompleks ini adalah seperti pakaian, alat permainan, barangan perkahwinan, kelengkapan dapur dan barang-barang yang hanya boleh diperolehi di negara jiran.
Jika ke sini pastikan anda membawa bersama rakan atau ahli keluarga yang berasal dari utara ataupun untuk lebih baik carilah yang fasih berbahasa Thai... pasti anda dapat memborong barang2 di sini sepuas-puasnya...tapi awas, jangan terlalu banyak, takut nanti anda ditahan kastam kerana disyaki menyeludup masuk barangan Thai terutamanya beras Thailand...
No comments:
Post a Comment