>> AIR MINERAL , GERIK



Terletak di Gerik, Perak.. merupakan antara destinasi tujuan penduduk setempat sebagai sumber air mineral yang berkhasiat yang mempunyai nilai-nilai perubatan.. kunjungan ke sini sekadar mandi-manda di dalam kolam yang jernih dan segar memandangkan destinasi ini dekat dengan tempat tinggal kami...hehehe !!!

Air mineral ini yang dikenali sebagai Air Tarong oleh penduduk setempat sering dikunjungi terutamanya pada hari cuti..sumber mata air yang masih menjadi misteri ini tidak putus-putus mengalir walaupun pada musim kemarau. Hasil kajian juga mendapati mata air ini sememangnya mempunyai bahan galian mineral yang berkhasiat bagi tujuan perubatan. Maka tidak hairanlah ia sering dikunjungi oleh pelawat2 sama ada dari dalam atau luar.

Terdapat juga pondok kecil untuk menyalin pakaian. Untuk ke sini pengunjung perlulah masuk ke simpang ke Kg. Air Ganda kira-kira 5 km dari pekan Gerik. Pengunjung juga boleh bertanya arah kepada penduduk kampung kerana destinasi ini memang terkenal di kalangan penduduk setempat sebagai punca bekalan air mineral berkhasiat.
Kalangan penduduk sekitar Gerik menyimpan air yang diambil di sini sebagai minuman harian dan ada juga pengunjung yang datang dari jauh semata-mata untuk mengambil air di sini bagi tujuan perubatan. Bagi pengunjung yang datang ke sini, sebuah kolam kecil disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melepaskan lelah dengan mandi di dalam air yang sangat jernih dan bersih ini

No comments: