>>> MEMANCING BELUT



Belut merupakan salah satu spesis ikan yang tidak bersisik, licin dan berbentuk panjang seperti ular... walaupun begitu ia merupakan makanan berkhasiat dan menjadi pilihan ramai terutamanya masyarakat cina..



Antara khasiat2 yang dilaporkan adalah sebagai penambah tenaga, mencantikkan kulit, penawar penyakit gatal dan sakit sendi... walau apapun yang diceritakan, belut merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh di samping isinya yang mudah dicerna dan tidak mempunyai tulang kecil... sesuai dimakan oleh kanak-kanak.. darahnya yang banyak ketika disembelih menunjukkan ia sangat sihat sebagai sumber makanan...yeke??? Ape-ape jelahhh !!!!!!!














Cara memancingnya mudah aje... pertama, carilah lubang kecil bersaiz lebih kurang sebesar syiling 20 sen di tepi2 tebing sungai atau alur-alur air. Gunakan mata kail bersaiz 1/0 berumpan isi ikan, daging ataupun cacing... pastikan tali yang digunakan kuat kerana belut mampu memutuskan tali pancing. Apabila lubangnya telah ditemui, henjut-henjutkan umpan di depan lubangnya.. jika ada belut di dalamnya maka anda akan mendengar satu bunyi PLOP yang kuat menandakan umpan anda telah disambar... Maka bermulalah perlawanan tarik menarik antara anda dan belut tadi...kuat tau tarikannya , memang best dibandingkan dengan saiznya... tak percaya cubalah.... anda pasti gian gilerrrr.. !!!!!








2 comments:

Hasman Ocha said...

mantap euy.... mancing ti mana kang ?

Download Dari Mediafire said...

kok ga ada ya mancing belut mania di tv. padahal mancing belut lebih seru