Peminat- peminat ikan akuarium di Malaysia tentunya masih mengingati era kegemilangan Flowerhorn atau Luohan satu ketika dahulu.
Flowerhorn terhasil daripada kacukan silang spesis Chiclidae yang menghasilkan ikan yang berwarna-warni, mempunyai tompokan dan bunga yang cantik dan yang paling menentukan nilainya di pasaran adalah bonjol (hump) pada kepalanya.
Flowerhorn juga terkenal dengan sifat kewilayahan dan terkenal dengan keganasannya membaham ikan-ikan kecil sebagai makanan. Ikan yang dipelihara di dalam akuarium sebenarnya boleh dijinakkan dengan perhatian yang penuh daripada tuannya.
Walaupun diet utamanya ialah anak-anak ikan, flowerhorn juga menerima makanan dalam bentuk pellet, cacing beku dan juga anak udang.
Pada satu ketika dahulu, flowerhorn terkenal dengan harganya yang sangat tinggi, lebih tinggi dari ikan kelisa yang amat terkenal di kalangan orang Cina. Kini setelah popularitinya semakin pudar, hanya flowerhorn yang memiliki kualiti yang terbaik sahaja mampu dijual di pasaran.
No comments:
Post a Comment