>> PASAR BESAR SITI KHADIJAH


Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun ianya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. Kunjungan kami ke sini pada mulanya sekadar nak membeli belah barang2 untuk orang perempuan je...apa lagi kalau bukan kain tudung....adoiii rimas betul bila bab beli benda2 camni...walau camnapun bila turun ke tingkat bawah best la sket sebab ade jual telur penyu, etak bakar, kuih muih dan makanan ringan rakyat kelantan... tidak ketinggalan juga senjata2 seperti pisau, keris, pedang...alatan dari buluh dan rotan juga ada dijual di sini.





Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam dan merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Pemandangan dari atas memang cantik, dan menurut salah satu artikel dari majalah fotografi, gambar-gambar berwarna-warni dari pasar Siti Khadijah ini juga telah dinobatkan antara gambar terbaik bagi pertandingan foto oleh jurugambar profesional.


No comments: