>> HUTAN SIMPAN PAPULUT



















Hutan Simpan Papulut dengan keluasan 11 671.90 ekar terletak dalam daerah Gerik, Perak. Ia merupakan satu lokasi yang jarang dikunjungi selain pihak jabatan perhutanan dan peminat aktiviti merentasi hutan. Di hutan ini juga terdapat pelbagai flora dan fauna yang menarik... antara tumbuhan perubatan yang boleh didapati di sini adalah seperti tongkat ali dan kacip fatimah.
Pada ketinggian 100 meter suasana hutan dan tumbuhannya mula berubah.. dengan lantai hutan yang berbatu, tumbuh-tumbuhan seperti lumut, orkid hutan dan pohon renek menghiasi puncaknya. Antara kesan2 haiwan liar yang ditemui adalah cakaran pada pokok yang dipercayai dilakukan oleh beruang dan juga kesan najis gajah serta kubang babi hutan.
Dipercayai kawasan ini juga mempunyai spesis haiwan lain seperti harimau, landak dan kijang.
Satu penemuan yang agak menggerunkan adalah spesis pokok yang tumbuh dengan kedudukannya seperti makhluk YANG SEDANG MERANGKAK... ngeri bebb... cuba tengok gambar ni...

Selain tumbuhan tadi, terdapat juga spesis manusia yang berkelakuan bigfoot seperti yang dapat anda lihat di dalam gambar...hehehehe
Diharap hutan simpan ini kekal dengan kehijauan dan keasliannya, tidak seperti tempat-tempat lain yang telah musnah akibat aktiviti pembalakan dan petempatan.