Di sekitar pantai ini terdapat pengusaha yang menyediakan perkhidmatan menyewa kerusi rehat dan pengunjung boleh menikmati pemandangan dan kesegaran angin laut di bawah pohon kelapadan rhu dengan bermodalkan hanya RM2 sahaja untuk sebuah kerusi....Layan jelah Haziq.... letih jalan-jalan kita rehat ja dulu...
Tiub pelampung disediakan untuk disewa bagi yang inginkan keseronokan mandi-manda dengan berpelampung. Lain-lain kemudahan yang boleh didapati adalah seperti bilik mandi, menyalin pakaian dan juga pondok rehat. Persekitaran di sini juga banyak berubah berbanding lawatan kami sebelum ini.. kawasan perkelahan ini kelihatan semakin menarik dan terjaga berbanding satu ketika dahulu...
Terdapat juga chalet dan mini chalet untuk disewa dengan harga berpatutan bagi pengunjung yang ingin menginap. Selain ini, gerai-gerai yang menjual hasil kraftangan dan makanan laut juga banyak terdapat di sini.
Bagi pengunjung yang ingin membeli buahtangan, terdapat pakaian bertemakan Pantai Teluk Batik dan kraftangan dari kulit siput yang boleh dijadikan hadiah dan semuanya boleh didapati dengan harga yang amat murah... jangan lepaskan peluang mengunjungi pantai ini sekiranya anda berkunjung ke sekitar Sitiawan, Manjung ataupun Lumut.
Cantik-cantik kraftangan yang dibuat oleh penduduk sekitar...harganya juga amat berpatutan..dalam RM5-RM10 je....susah jugak kalau nak reka sendiri nih....
Bagi peminat aktiviti memancing, terdapat kawasan berbatu di hujung pantai yang menawarkan suasana pancingan yang menenangkan.. walaupun pada kunjungan saya kali ini tiada hasil diperolehi kerana air pasang besar, kawasan ini dipercayai merupakan lubuk ikan persisiran pantai seperti terutamanya ikan pari dan gelama.
2 comments:
salam,sy nak g bercuti ngan fmili raya cina nih, so kalau bleh nak tau la cikit berkenaan chalet kat sana..
harga camna?jauh x dr pantai??
chalet /hotel boleh didapati sekitar pekan lumut.... kalau area teluk batik pun ada ...harga dalam lingkungan rm50-100 aje....
Post a Comment