Pantai Bersih, Butterworth merupakan satu destinasi popular bagi peminat aktiviti memancing kerana populasi ikannya yang banyak walaupun bersaiz kecil. Dari pantai ini , kita boleh melihat sebahagian daripada bandaraya Pulau Pinang jika cuaca cerah dan tidak berjerebu.
Terletak kira2 10 km dari pekan Kepala Batas, selain memancing pantai ini dAHULUNYA juga sangat terkenal dengan aktiviti maksiatnya terutama pada waktu malam....
Sebilangan besar pemancing yang ke sini mengakui Pantai Bersih adalah lokasi memancing yang kaya dengan pelbagai jenis ikan seperti gelama,bebolos, sembilang, pari, ketuka, yu, ketam dan lain-lain spesis lagi..
Walaupun bersaiz kecil, bilangannya yang banyak dan mudah memakan umpan menarik perhatian pemancing untuk datang lagi ke sini.
Umpan yang sering digunakan pemancing di sini adalah umpun-umpun dan cacing pasir. Ia menjadi pilihan pemancing kerana isinya yang liat tidak mudah tanggal walaupun dikutis ikan-ikan kecil. Umpan ini juga merupakan umpan yang paling digemari ikan terutama gelama dan sembilang.
Di sekitar pantai ini juga terdapat gerai dan medan selera yang menjual aneka jenis makanan seperti nasi ayam, makanan bergoreng, sup, laksa dan yang paling terkenal Char kuey Tiaw Penang.
Datanglah ke sini untuk menikmati pemandangan laut sambil memancing dan menjamu selera...
NOTA : PANTAI BERSIH KINI TELAH DIBANGUNKAN DENGAN PEMBINAAN RNR DAN PRASARANA YG LEBIH MENARIK