TELUK NIPAH, PANGKOR

TELUK NIPAH PART 1


TELUK NIPAH PART 2










Perairan Teluk Nipah terletak kira-kira 2km dari jeti Pulau Pangkor. Ia merupakan satu kawasan perkelahan yang terkenal bagi pengunjung yang berbajet rendah dan sederhana, kerana di sini menawarkan suasana percutian pada harga yang berpatutan. Terdapat banyak chalet untuk disewa di sini dengan fasiliti yang memuaskan. Harga bagi makanan dan minuman di sini masih berpatutan.







Untuk ke Teluk Nipah , pengunjung perlu menaiki feri dari jeti Lumut dengan tambang RM 10 pergi dan balik. Apabila sampai di jeti, perkhidmatan sewa kenderaan seperti motosikal dan kereta boleh didapati dengan mudah. Pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan kereta sewa/teksi untuk ke sini dengan tambang yang murah.


Suasana pantai di sini sangat indah dengan pantainya yang bersih dan air yang jernih. Bagi pengunjung yang datang ke Pangkor bolehlah pergi melawat tempat2 lain seperti batu bersurat, kota belanda dan juga melawat persekitaran kampung nelayan di sini kerana pulau ini boleh dilawati dalam tempoh sehari tanpa perlu menginap di sini.




Ketika air surut, terdapat pengunjung yang menyeberangi laut untuk ke pulau yang terletak berhadapan pantai... tetapi perkara ini adalah amat merbahaya kerana dikhuatiri air pasang mengejut dan membahayakan pengunjung.. adalah lebih selamat jika menaiki bot yang boleh disewa untuk melakukan aktiviti di pulau seperti snorkeling kerana terdapat banyak batu karang dan hidupan laut lain yang menarik.
Disarankan agar pengunjung ke Pangkor melawat ke sini atau Pantai Pasir Bogak sebelum ia menjadi destinasi percutian yang mahal seperti Pangkor Laut kerana persekitarannya amat menarik dan sesuai sebagai tempat bercuti atau berbulan madu.

No comments: