...sekadar mengimbau kenangan-kenangan manis yang sempat dirakamkan sama ada dari kamera digital, kamera video ataupun diimbas semula dari gambar foto... bagi yang tidak sempat dirakamkan...merupakan kenangan manis yang tidak dapat dikongsi sesiapa...hanya bersama dengan yang berkenaan sahaja...
>> PUYUH MINI
Puyuh ini dikenali sebagai burung pikau di beberapa tempat. Ia telah dikacukkan bagi mewujudkan beberapa variasi warna bagi tujuan komersial. Burung ini yang dikenali sebagai button quail dalam bahasa Inggeris mudah dipelihara dan mampu membiak di dalam kurungan.
Diet utamanya adalah dedak, cacing, serangga dan biji-bijian. Burung jantan mudah dikenali dengan warna yang menarik dan memiliki belang yang jelas di bahagian hadapan kepala manakala burung betina berwarna coklat.
Di antara perilaku aneh burung ini adalah ia akan berbunyi dengan nyaring jika mengesan petanda hari akan hujan.
Burung ini bertelur dengan jumlah yang agak banyak. Telur-telurnya berwarna putih kehijauan dan akan menetas dalam lingkungan 20 hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment