>> ARKUS aka GUINEA PIG


Arkus merupakan sejenis haiwan kesayangan yang menyerupai arnab tetapi fizikalnya lebih kepada tikus. Walaupun begitu, ia merupakan haiwan yang pembersih, makanannya adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Arkus dikategorikan sebagai rodensia dan menjadi pilihan untuk dipelihara oleh kanak2 kerana ia tidak menggigit seperti hamster atau arnab apabila diganggu. Warna dan jenis bulunya juga pelbagai dan ini menjadi kegemaran pemelihara haiwan ini untuk mengkacukkan jenis-jenis arkus yang berlainan bagi mewujudkan baka baru.
Arkus terdapat dalam berbagai variasi seperti arkus berbulu panjang, berbulu pusar dan berbulu pendek. Penjagaan haiwan ini juga mudah kerana ia sukar diserang penyakit. Antara laman web yang memaparkan tentang jenis2 arkus dan penjagaannya adalah seperti berikut : www.meerschweinchen.com dan www.guineapigsclub.com



1 comment:

zakwan said...

comey2 tengs for info ;)